Wednesday, September 1, 2010

Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan


Apa khabar semua ? Untuk semua pembaca blog ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 53. Buat pertama kali, entri saya kali ini dalam 100% Bahasa Melayu.Minta maaf jika ada kecacatan pada bahasa saya. Sememangnya saya agak lemah dalam bahasa ibunda ini. Saya tahu, ianya memalukan.. :) Sejujurnya, saya lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris dalam penulisan blog tetapi biarlah entri kali ini menandakan sedikit kelainan.

Sekali lagi sambutan Hari Merdeka 2010 akan jatuh dalam bulan Ramadhan Al- Mubarak sama seperti tahun 2009. Seperti tahun lepas, sambutan Hari Merdeka ini tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Mungkin kerana umat Islam sibuk menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Pada tahun ini juga terdapat sedikit kelainan dalam menyambut Hari Merdeka. Sambutan Hari Kemerdekaan pada kali ini diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama sambutan sebegini diadakan di venue tertutup.

Pada masa ini kita dipertontonkan dengan pudar dan lunturnya semangat kemerdekaan dan pemahaman makna merdeka di kalangan generasi pasca merdeka. Semoga merdeka kali ini lebih bermakna daripada merdeka yang sebelumnya.Semoga sistem politik,ekonomi dan sosial di negara kita dapat diperkasakan. Semoga negara kita akan lebih maju dan selamat di masa hadapan.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. Sekalung budi, setulus ingatan buat pejuang bangsa yang gugur di medan perang mahupun yang berkorban untuk kemerdekaan ini tidak kira dimana jua pusara anda sekalian.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh pejuang bangsa.

- Al fatihah -

Sekian sahaja entri saya pada kali ini. Salam kemerdekaan daripada saya buat seluruh rakyat dan generasi muda Malaysia. Mari kita sama-sama memupuk jiwa merdeka, yang sebenar-benarnya merdeka!

Wan Imaan Ikhwan.


p/s : ni last kot tulis BM..

No comments:

Post a Comment